Gymboree Play & Music

Sebagai first time mother yang bekerja, seperti ibu bekerja yang lain kita hanya dapat meluangkan masa bersama anak pada waktu malam selepas balik kerja, hujung minggu dan cuti umum. Disebabkan kekangan masa, saya berasa sedikit tekanan untuk memantau proses tumbesaran Qaiser secara ekslusif 24/7. Saya mula google mengenai kelas atau aktiviti untuk Qaiser dan terjumpa website Gymboree Play & Music. Don't get me wrong! Tujuan saya hanya untuk memberi pendedahan extra kepada Qaiser selain dapat meningkatkan bonding antara kami dan Qaiser.

Semalam 27/9/2014, kami ke Gymboree Play & Music Tropicana City Mall PJ. Kedatangan kami disambut dengan begitu mesra oleh Miss Hannah. Sebelum kelas bermula, ibu bapa perlu memakai stoking untuk hygienic purpose tapi kanak-kanak perlu berkaki ayam. Tujuan berkaki ayam ialah untuk mengasah deria rasa si kecil.

Di Gymboree Play & MUsic, mereka mempunyai kelas dari level 1 ke 7 mengikut peringkat umur dan untuk Qaiser, beliau berada di Level 1 (Birth - 6 months. The Thoughtful Observer). Kelas ini direka untuk pertumbuhan kanak-kanak pada keupayaan mereka sendiri seperti meneroka deria selain pembangunan visual dan audio. Aktiviti ini dilakukan di dalam bilik yang disediakan.

Hello Mr Gymbo!

Antara aktiviti yang dijalankan

Bye Miss Hannah!

Masa untuk balik!


Gymboree Play & Music mempunyai 550 lokasi di 30 buah negara. Kurikulum kelas direka khas dari usia bayi baru lahir sehingga usia 5 tahun untuk membangunkan kemahiran kognatif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Selain daripada itu, penglibatan ibu bapa di dalam kelas boleh memberi pemahaman tentang perkembangan anak anda. Di Gymboree Play & Music, mereka menawarkan beberapa jenis kelas mengikut umur seperti di bawah




Untuk ibu bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gymboree Play & Music, boleh layari www.gymboreeclasses.com.my. Oh ya, anda boleh mendaftar untuk free trial class di sini. Yes, FREE! No hidden charges! Harga asal untuk trial class ialah RM85. Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang!

Simple 3 Ingredients Recipes

Hujung minggu lalu saya menghabiskan masa di rumah kerana Qaiser tak sihat. Kalau tidak, kebiasaannya memang susah nak tengok kami duduk di rumah. Untung Qaiser dapat mak kaki jalan. Hehehe. Tiba-tiba mood memasak datang tapi tak banyak barang basah/kering untuk dimasak di dapur. Takpe, ini satu cabaran.

Saya buat sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang yang mudah dan hanya memerlukan 3 ramuan. Yes, it really can be this easy. Untuk sarapan pagi dan makan tengahari, resipi dari Ibu manakala minum petang resipi yang saya google. Bila ambil resipi dari internet, saya kurang pasti rasanya tapi takpe, tak cuba tak tahu.

Dah lama tak tulis resipi di blog. Hari ni saya kongsikan dengan anda. Selamat mencuba!

Cheesy Baked Bean Toastie

Ingredients:

Directions:
  1. Butter both slices of bread (Optional).
  2. Place one slice buttered side down on the preheated toasted sandwich maker.
  3. Top with baked bean and cheese.
  4. Followed by the last piece of bread buttered side up.
  5. Toast 3-4 minutes, or until golden brown.
  6. Serve.

How does it taste? Yummy. Nampak tak cheese yang cair tu? Hehe

Roast Chicken

Ingredients:

Directions:
  1. Preheat oven to 150 Celcius.
  2. Mix together the sweet soy sauce and oyster sauce.
  3. Add the chicken and marinate overnight or for a minimum 2 hours.
  4. Bake the chicken for 20 minutes.
  5. After 15 minutes, Remove the chicken from the oven and flip the thighs skin side up.
  6. Serve.
*** Time and temperature may vary according to the type and efficiency of the oven.


How does it taste? Yummy! Sweet and sticky!

Flourless Pancakes

Ingredients:

Directions:
  1. Mash the ripened banana with hands or a fork until smooth and set aside.
  2. Beat two eggs and then add to the mashed banana.
  3. Add baking powder.
  4. Optional: Add chocolate rice/chips or blueberry.
  5. Generously spray a pan with nonstick or olive oil cooking spray and turn the stove to medium heat.
  6. Using a 1 Tbsp measuring spoon, scoop a spoonful of batter and pour into the pan.
  7. Flip the pancakes once the edges become cooked.
  8. Allow the pancakes to cook through.
  9. Re-spray the pan with nonstick spray between each set of pancakes.
  10. Enjoy!

How does it taste? Erm, so-so. Tasted more like a banana omelette and weren't very nice! Haha

Kleenex Malaysia Share The Softness

Semalam sempena cuti Hari Malaysia, saya menghabiskan masa terluang bersama Qaiser & Anne di IKEA kerana Mik terpaksa bekerja. Ada hal kecemasan di pejabat katanya. Semasa menanti Anne membeli barang di SASA IPC, saya disapa oleh seorang Amoi cantik memakai dress berwarna putih menghulur kotak tisu berjenama Kleenex. Saya cuba mengelak. “Hi! Free tissue for you!”. Bila mendengar perkataan free, mesti lah saya ambil. Hei, everybody loves freebies especially when they truly are free with no strings attached. Right? Hahaha

Memandangkan Anne lama sangat di dalam SASA seperti nak memborong semua barang, saya berjalan-jalan di sekitar booth Kleenex. Rupa-rupanya bukan sahaja Kleenex Softness Pack diedarkan secara percuma, ada cupcakes dari Cupcake Chic juga diberikan secara percuma. Selain daripada itu, Kleenex juga sedang membuat pertandingan Kleenex Share The Softness di Facebook.

 Kleenex Softness Pack


 Cupcakes dari Cupcake Chic. Yummy!


Qaiser & Amoi(s)

Kleenex Malaysia Share The Softness Contest





Saya dah hantar penyertaan, anda bila lagi? Pertandingan bermula dari 4 Ogos sehingga 2 Oktober 2014. Ada masa lagi ni. Mana tahu boleh menang hadiah utama Polariod camera, beg Longchamp atau Thomas Sabo bracelet.




Good luck to me! good luckpraying

Hippopo Baby Spa & Wellness

Semasa mengandung, saya dan suami dapat tahu mengenai spa bayi daripada Instagram Yasmin Hani. Kami agak teruja nak bawa anak kami ke sana bila dia lahir nanti. Temujanji dah dibuat 2 minggu lebih awal (Mommy yang excited lebih) dan Alhamdulillah Isnin lepas 1.9.2014, kami berpeluang bawa Baby Qaiser ke Hippopo Baby Spa & Wellness di Centrepoint Bandar Utama.

Di Hippopo, mereka mempunyai fisioterapi bertauliah untuk menjalankan aktiviti senaman, berenang dan urutan yang merupakan sebahagian daripada program pembangunan minda bayi dan kanak-kanak. Jadi kita tak perlu rasa takut untuk lepaskan anak kita ke tangan orang lain. Ini untuk ibu-bapa yang jenis overprotective.. Hehe.. Setiap aktiviti direka untuk meningkatkan keyakinan diri bayi/kanak-kanak, menggalakkan perkembangan otak dengan memberi latihan fizikal untuk merangsang minda menguatkan otot badan dan merapatkan “bonding” antara ibu bapa dan anak. Ketibaan kami di sana disambut dengan begitu mesra oleh fisioterapist.


Sesi beramah mesra & senaman regangan otot sebelum berenang

Sesi "warm up" supaya Qaiser tak terkejut dengan air


Masa untuk mandi!!!

Bayi 6 bulan dan ke bawah akan diberi tub berenang secara individu manakala bayi 6 bulan ke atas akan berenang di tab mandi besar bersama bayi lain (bergantung kepada saiz bayi & max 3 bayi dalam satu tub).

Sebelum kedatangan kami, fisioterapist dah menyediakan tub kecil untuk Qaiser tapi memandangkan ketinggian dan size badan Qaiser besar (seperti bayi berusia 6-7 bulan walaupun sebenarnya beliau baru berusia 4 bulan 17 hari) Qaiser ditempatkan di dalam tub besar bersama bayi lain. Air yang digunakan mengandungi ozone gas untuk mengurangkan bakteria dan bau. Lampin pakai buang disediakan.

Saya sempat bertanyakan kepada fisioterapist, "Kalau baby berak dalam diaper ni macam mana? Tak leaking dalam tub ke?". Jawapan dari fisioterapist "InsyaAllah takkan leaking. Belum pernah lagi bayi berak semasa berenang". Saya saja bertanya sebab pada masa tu Qaiser belum buang air besar lagi. Mana la tau leaking kan? Hahaha

Sesi urutan selepas berenang

Syarat-syarat yang perlu ibu bapa patuhi sebelum ke Hippopo
  • Berat minimum bayi sekurang-kurangnya 4.5kg untuk menjalani aktiviti hidroterapi.
  • Bayi perlu tidur secukupnya dan makan 30 minit sebelum rawatan.
  • Bayi perlu dalam kesihatan yang baik
  • Aktiviti ini tidak sesuai untuk bayi yang telah menerima vaksin 3 hari sebelum.
  • Pengawasan ibu bapa adalah perlu sepanjang tempoh rawatan.

Sepanjang berada di sana, saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Qaiser pun nampak seronok berenang walaupun akhirnya selepas 20 minit berenang dia menangis dalam tub sebab kepenatan. Harga yang ditawarkan agak sedikit mahal (RM48 untuk 30 minit berenang, RM38 untuk 30 minit urutan) tapi tak salah untuk mencuba. Biasa lah anak pertama, semua benda pun ibu bapa akan excited.

Hippopo Baby Spa & Wellness Centrepoint Bandar Utama:

Pandangan dari luar

Kaunter

Tub mandi. Tub mandi kecil (berkaca) dan tub mandi besar (warna coklat)

Tempat untuk sesi urutan bagi bayi 6 bulan ke atas

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.hippopo.my