Hippopo Baby Spa & Wellness

Semasa mengandung, saya dan suami dapat tahu mengenai spa bayi daripada Instagram Yasmin Hani. Kami agak teruja nak bawa anak kami ke sana bila dia lahir nanti. Temujanji dah dibuat 2 minggu lebih awal (Mommy yang excited lebih) dan Alhamdulillah Isnin lepas 1.9.2014, kami berpeluang bawa Baby Qaiser ke Hippopo Baby Spa & Wellness di Centrepoint Bandar Utama.

Di Hippopo, mereka mempunyai fisioterapi bertauliah untuk menjalankan aktiviti senaman, berenang dan urutan yang merupakan sebahagian daripada program pembangunan minda bayi dan kanak-kanak. Jadi kita tak perlu rasa takut untuk lepaskan anak kita ke tangan orang lain. Ini untuk ibu-bapa yang jenis overprotective.. Hehe.. Setiap aktiviti direka untuk meningkatkan keyakinan diri bayi/kanak-kanak, menggalakkan perkembangan otak dengan memberi latihan fizikal untuk merangsang minda menguatkan otot badan dan merapatkan “bonding” antara ibu bapa dan anak. Ketibaan kami di sana disambut dengan begitu mesra oleh fisioterapist.


Sesi beramah mesra & senaman regangan otot sebelum berenang

Sesi "warm up" supaya Qaiser tak terkejut dengan air


Masa untuk mandi!!!

Bayi 6 bulan dan ke bawah akan diberi tub berenang secara individu manakala bayi 6 bulan ke atas akan berenang di tab mandi besar bersama bayi lain (bergantung kepada saiz bayi & max 3 bayi dalam satu tub).

Sebelum kedatangan kami, fisioterapist dah menyediakan tub kecil untuk Qaiser tapi memandangkan ketinggian dan size badan Qaiser besar (seperti bayi berusia 6-7 bulan walaupun sebenarnya beliau baru berusia 4 bulan 17 hari) Qaiser ditempatkan di dalam tub besar bersama bayi lain. Air yang digunakan mengandungi ozone gas untuk mengurangkan bakteria dan bau. Lampin pakai buang disediakan.

Saya sempat bertanyakan kepada fisioterapist, "Kalau baby berak dalam diaper ni macam mana? Tak leaking dalam tub ke?". Jawapan dari fisioterapist "InsyaAllah takkan leaking. Belum pernah lagi bayi berak semasa berenang". Saya saja bertanya sebab pada masa tu Qaiser belum buang air besar lagi. Mana la tau leaking kan? Hahaha

Sesi urutan selepas berenang

Syarat-syarat yang perlu ibu bapa patuhi sebelum ke Hippopo
  • Berat minimum bayi sekurang-kurangnya 4.5kg untuk menjalani aktiviti hidroterapi.
  • Bayi perlu tidur secukupnya dan makan 30 minit sebelum rawatan.
  • Bayi perlu dalam kesihatan yang baik
  • Aktiviti ini tidak sesuai untuk bayi yang telah menerima vaksin 3 hari sebelum.
  • Pengawasan ibu bapa adalah perlu sepanjang tempoh rawatan.

Sepanjang berada di sana, saya sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Qaiser pun nampak seronok berenang walaupun akhirnya selepas 20 minit berenang dia menangis dalam tub sebab kepenatan. Harga yang ditawarkan agak sedikit mahal (RM48 untuk 30 minit berenang, RM38 untuk 30 minit urutan) tapi tak salah untuk mencuba. Biasa lah anak pertama, semua benda pun ibu bapa akan excited.

Hippopo Baby Spa & Wellness Centrepoint Bandar Utama:

Pandangan dari luar

Kaunter

Tub mandi. Tub mandi kecil (berkaca) dan tub mandi besar (warna coklat)

Tempat untuk sesi urutan bagi bayi 6 bulan ke atas

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.hippopo.my 

No comments: