Mysha Qaisara's Aqiqah

Alhamdulillah Majlis Doa Selamat and Aqiqah for our dearest Mysha Qaisara went well yesterday. Throughout the majlis, Qaisara syok tidoq saja walaupun pakai the princessy dress yang tebal dan sedikit panas. Jadi tak banyak gambar dapat diambil.

OOTD

Pink princessy dress

Peach lace dress

Aqiqah Dais Inspiration

Plan asal takde pelamin Aqiqah sebab majlis cuma kenduri Doa Selamat dan Aqiqah. Takde Marhaban. Tapi last minutes nak buat juga. Naluri mak-mak kan? Memandangkan Mommy Qaisara ni #notsogirliemom, jadi saya tak minat typical pelamin Aqiqah bunga-bunga macam pelamin kahwin tu. Belek-belek di Instagram, terjumpa gambar ni di Instagram ColorKulture. Cantik! Simple minimalist dais.

Bila tiba hari nak pacak tiang, lain pula jadinya. Dari nak set up pelamin aqiqah terus tukar jadi photo booth. Hati macam berat nak bawa keluar baby cradle dan buat decorate beria sangat. Rupa-rupanya hujan nak turun semasa majlis. Terima kasih Wawa dari Cashmere Galeri kerana sponsor backdrop dan hiasan DIY hasil tangan sendiri yang keras dan tak kreatif ni tapi konon nak buat ala-ala Pinterest, juga terima kasih SIL kerana menyumbang tenaga untuk sama-sama menyiapkan semuanya 2 jam sebelum majlis.

Utmost gratitude and appreciation to my family in-law (Mak, Abah, Fatin, Mik) for everything. Thank you to family and friends for taking time out and coming to Mysha Qaisara's Aqiqah. We were extremely worried about the turn out because of the heavy rain but we were so happy that people manage to come despite the rain. We hope that you all enjoy your time at our humble little party. Last but not least, terima kasih yang tak terhingga kepada Ustaz Dahlan dari Kuang kerana telah membantu menyembelih kambing korban aqiqah bersama Mik pagi semalam hanya beberapa jam sebelum majlis berlangsung.