Busy weekend

Bila menyentuh topik persiapan untuk menyambut kelahiran Baby Q, saya jadi clueless walaupun dah download “Baby Essential Checklist” di internet. Tak tau mana satu barang yang perlu diutamakan, mana yang boleh KIV dan mana yang tak perlu. Akhirnya saya buat keputusan hanya beli barang untuk beg hospital. Lagipun usia kandungan baru masuk 7 bulan, long way to go bak kata Mik. Jadi pada 24 & 25 Januari 2014, kami dah plan awal-awal khaskan hujung minggu untuk Baby Q.


Day 1: 24.1.2014 – 7th Maternity & Child Expo 2014, Mid Valley Convention Centre.

Bila dapat tau tentang expo ni, saya dah target awal-awal untuk ke booth Pureen & pampers (sebarang jenama). Kalau ada masa lebih, boleh cuci mata di booth-booth lain. Kebiasaannya untuk shopping, saya jarang pergi dengan Mik. Biasalah, lelaki mana minat sangat shopping ni tapi untuk kali ni terpaksa ajak Mik sebagai peneman takut jadi apa-apa masa bersesak di dalam hall expo dan boleh tolong angkatkan barang. Hehe.

Sepanjang perjalanan, traffic jam dari Federal Highway sehingga ke simpang Mid Valley sesak. Semua pintu masuk carpark terpampang signboard FULL tapi Alhamdulillah rezeki kami, tak perlu buat tawaf berkali-kali untuk cari parking. Situasi di exhibition hall seperti yang dijangka, ramainya orang!

 SESAK!


Antara barang yang kami beli.
5 packs Huggies RM24.90 setiap satu. Harga pasaran (Tesco) ialah RM29. Good deal huh?




Antara barangan dalam beg plastik


Memandangkan ini kali pertama Mik ke Baby Expo & kedua untuk saya, ada beberapa perkara yang kami rasa annoying ketika di sana:
  • Jika ke tempat sesak seperti expo, adalah lebih baik jika ibu bapa menggunakan baby carrier. Jalan sempit & stroller awak yang besar lori tu menyusahkan orang dan diri sendiri untuk berjalan.
  • Bertimbang rasa & jangan pentingkan diri sendiri. Semasa saya di booth Pureen, ada seorang wanita Cina meletakkan bakul yang berisi barangan di atas rak pakaian baby sambil sibuk memilih. 1, 2 minit boleh la sabar. Lepas tu memang kena sound la minta dia alihkan bakul & dia pun “Oh, oh. Sorry!” tanpa rasa bersalah.
  • Semasa di rak blanket Pureen, ada seorang lelaki Melayu ni sibuk pilih blanket & asyik complaint tak banyak pilihan. “Miss, ini sahaja ke design? Lain design takde? Colour coklat ke takde?” ARE YOU KIDDING ME? Promoter hanya mampu buat muka malas nak layan. Dude, nak banyak pilihan jangan datang expo. Dan tentu mereka akan keluarkan semua barang untuk dijual. Tak faham betul manusia macam ni!
Walaupun perut dah lapar selepas memborong tapi disebabkan rimas dengan kesesakkan manusia ditambah dengan tangan yang penuh barang, kami terus keluar dari Mid Valley dalam masa hanya 1 jam. Bila balik, ada kawan-kawan yang tanya "Banyak barang best tak? Murah tak?" dan saya hanya boleh jawab "Tak tahu". Kami tak masuk setiap booth & cuma tengok dari luar sahaja sebab kami ada target barang untuk dibeli & takut terlebih belanja.


Day 2: 25.1.2014 – Antenatal Class, Putra Medical Center.

Bermula jam 10.00 pagi. Antenatal class terbahagi kepada 3 sesi iaitu sesi pertama, ceramah dari sponsor iaitu Stemcell. Sesi kedua, penerangan tentang fasa kehamilan & bersalin oleh Pengarah PMC sendiri, Dato Dr Zarul. Berhenti sebentar untuk sarapan & sesi ketiga, pregnancy exercise class sebelum berakhir pada jam 1 petang.

 Ceramah

 Makan time!

 Pregnancy exercise class

Goodie bag - Flyers, wet tissue, sampel susu, baby on board sign & pen.

2 hari yang memenatkan tapi Alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya dengan gembira. Cewah! Haha

Satisfying my craving

Anyway, to cut a long story short, since I'm on MC & so bored at home, saya dengan gagahnya telah memandu dari Bandar Baru Sungai Buloh ke S.M.K Convent Klang hanya untuk makan Mihun Asam yang telah lama diidamkan (Lebih dari 2 tahun dan bukan mengidam semata-mata sebab mengandung). Kalau cakap "Mee Asam", semua bekas pelajar mesti tahu & mungkin ada yang terliur setiap kali teringatkan rasanya. Dulu, kantin sekolah sangat 1Malaysia - Uncle India jual roti canai, antie Cina jual pelbagai makanan Cina & makcik Melayu jual segala macam juadah Melayu.

Berbalik kepada topik, anda boleh pilih mee mengikut citarasa sendiri sama ada nak makan mee kuning, mihun atau kuey teow & kuah sama ada kuah kari, asam atau pun sup.

Antara soalan yang ditanya oleh rakan-rakan di Facebook:

"Aunty tu ada lagi?"
Erm..........ada la straight face

"Sedap lagi ke macam dulu?"
The taste is still the same! Percaya atau tidak.

"Harga sekarang berapa?"
RM1.50. Still consider ok. Kali terakhir makan masa form 5 (2002), RM1. Harga tak naik banyak.


Mee/kuah pilihan & fishcake. Simple! Anda boleh tambah fishball & wantan.

Mata anda tak salah memandang. Ye, DUA mangkuk.
Oh Mihum Asam, you made my tummy happy!

Badan yang makin membesar

Oh ya, sebelum terlupa. Kepada bekas pelajar SMKCK, anda ingat lagi pada Puan Zaleha (Cikgu KH)? Semalam sebelum balik, saya sempat berbual dengan beliau di kantin. Ye, memang dia mengajar subjek Kemahiran Hidup tapi hanya bekas pelajar sahaja faham makna "Cikgu KH". LOL!

Antara dialog kami semalam:


"Kamu bekas pelajar ke?"
"Ye cikgu"
"Tahun berapa?"
"SPM 2002"
"Datang sini buat apa?"
"Oh, nak makan ni" ...sambil tangan menunjuk pada mangkuk.
"Kerja kat mana sekarang?"
"Damansara"
"Ha, datang semata-mata nak makan ni? Nasib baik ada jual lagi"
"Tu la, teringin!" ...sambil tunjuk perut.
"Oh, saya tak perasan tadi. Lain kali kalau nampak cikgu kat luar, jangan lupa tegur-tegur ye?"
"Baik, cikgu!"


Burppppp... Excuse me! big grin

Insurance for unborn child

This is not a sponsored/paid-for post



Banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk menerima kedatangan orang baru dalam keluarga. Selain perkara asas seperti pakaian, stroller, insuran juga salah satu perkara yang saya rasa penting.


Saya berjumpa dengan Insurance Consultant tempoh hari untuk mengambil "cenderahati" sempena kedatangan tahun baru 2014 dan dah kebetulan berjumpa, saya bertanyakan tentang insuran anak. Kononnya nak ambil insuran selepas kelahirannya nanti tapi rupa-rupanya kita boleh ambil pelan perlindungan komprehensif dengan PRUmy child seawal 18 minggu kehamilan. 

Saya ingin kongsikan kejadian yang berlaku pada jiran saya. Bayi yang baru lahir menghidapi penyakit jantung berlubang dan ibu bapa tidak mempunyai wang untuk menanggung kos pembedahan anak mereka. Nasib baik nenek bayi berkenaan boleh membantu. Jika tak, tak tau lah macam mana nasib bayi itu. Bila berbual kosong dengan ibu tentang niat kami ingin mengambil insuran ini, ibu seakan-akan tak bersetuju seolah-olah kami meminta sesuatu yang tak baik jadi kepada anak yang bakal saya lahirkan. InsyaAllah, semoga anak yang dikandung ini sihat walafiat hendaknya tapi tak salah jika kita sediakan payung sebelum hujan.

What is PRUmy child and who can buy this plan?                                                                          
PRUmy child is a regular premium investment-linked insurance plan. You can buy this plan for your unborn child at 18 weeks into your pregnancy, or for your child who is between 1 to 18 years of age on his/her next birthday.

PRUmy child benefits at a glance
  • Gives you control and flexibility to design a complete plan for your child.
  • Covers your baby as early as 18 weeks into pregnancy.
  • Option to attach Infant Care*  rider to enhance your baby's protection from 18 weeks of your pregnancy up to your child reaching 2 years old.
  • Build your child's education fund with optional PRUedusaver and PRUsaver kid riders.
Banyak kebaikan tentang PRUmy child ni tapi saya bukan Insurance Consultant. Tak banyak yang saya boleh terangkan, hanya berkongsi cerita untuk kebaikan bersama. Kalau nak tau lebih lanjut, cuba baca link di bawah atau cari Insurance Consultant Prudential berdekatan anda.

Brochure: EnglishBahasa Melayu

2014

Spent my New Year's Eve with these beautiful ladies - Aan, Hanee & Waheeda. It's been a while since the last time we hang out due to our busy schedules. It's nice catching up with old friends! 

How did you celebrate New Year's Eve?


Wishing you a super-duper extra luck Happy New Year 2014!
May this new year bring joy and happiness to you and your family!