Gymboree Play & Music

Sebagai first time mother yang bekerja, seperti ibu bekerja yang lain kita hanya dapat meluangkan masa bersama anak pada waktu malam selepas balik kerja, hujung minggu dan cuti umum. Disebabkan kekangan masa, saya berasa sedikit tekanan untuk memantau proses tumbesaran Qaiser secara ekslusif 24/7. Saya mula google mengenai kelas atau aktiviti untuk Qaiser dan terjumpa website Gymboree Play & Music. Don't get me wrong! Tujuan saya hanya untuk memberi pendedahan extra kepada Qaiser selain dapat meningkatkan bonding antara kami dan Qaiser.

Semalam 27/9/2014, kami ke Gymboree Play & Music Tropicana City Mall PJ. Kedatangan kami disambut dengan begitu mesra oleh Miss Hannah. Sebelum kelas bermula, ibu bapa perlu memakai stoking untuk hygienic purpose tapi kanak-kanak perlu berkaki ayam. Tujuan berkaki ayam ialah untuk mengasah deria rasa si kecil.

Di Gymboree Play & MUsic, mereka mempunyai kelas dari level 1 ke 7 mengikut peringkat umur dan untuk Qaiser, beliau berada di Level 1 (Birth - 6 months. The Thoughtful Observer). Kelas ini direka untuk pertumbuhan kanak-kanak pada keupayaan mereka sendiri seperti meneroka deria selain pembangunan visual dan audio. Aktiviti ini dilakukan di dalam bilik yang disediakan.

Hello Mr Gymbo!

Antara aktiviti yang dijalankan

Bye Miss Hannah!

Masa untuk balik!


Gymboree Play & Music mempunyai 550 lokasi di 30 buah negara. Kurikulum kelas direka khas dari usia bayi baru lahir sehingga usia 5 tahun untuk membangunkan kemahiran kognatif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Selain daripada itu, penglibatan ibu bapa di dalam kelas boleh memberi pemahaman tentang perkembangan anak anda. Di Gymboree Play & Music, mereka menawarkan beberapa jenis kelas mengikut umur seperti di bawah




Untuk ibu bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gymboree Play & Music, boleh layari www.gymboreeclasses.com.my. Oh ya, anda boleh mendaftar untuk free trial class di sini. Yes, FREE! No hidden charges! Harga asal untuk trial class ialah RM85. Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang!

No comments: