How I feel right now


27 Feb 2014, 31 weeks (8 months) pregnant today. 
9 more weeks to go. How time flies so fast!
There is nothing I want more right now than to hold my little one in my arms but I feel like I am more nervous/scared than excited. I'm not nervous being a mom, more worried about labour I think!

"Nanti masa air ketuban pecah, aku kat mana? Office? Rumah? Atau tengah shopping ke?"

"What do contractions feel like?"

"How long does it take to to go from 1 to 10cm in labour?"

"Can I bear labour pain?"

"Nanti doktor potong sikit tak?"

Please tell me this is normal. worried #FirstTimeMom

29 weeks


How far along?
29 Weeks - 7 months - 3rd trimester

How big is baby?
Baby Q is about the size of a butternut squash

Current weight?
63kg

Sleep?
It is nearly impossible to turn over or get out of bed.

Baby movement?
A LOT – Very active baby!

How I’m feeling?
Tired - I wake up tired and am tired throughout the whole day. Super emotional

How I’m changing?
Swollen nose, legs & tummy is getting bigger day by day. Blood test showed that I am anemic, so I am now taking iron supplements.

Missing?
Sleep comfortably.. Haha 

Food intake?
After having a horrible first 4 months, it seem like I'm catching up and eating like there's no tomorrow. I always has a good appetite but pregnancy just multiplied it.

Craving?
Sugar cravings - chocolates, biscuits, drinks, etc.

Anything that truly annoys you?
Tired of people telling me “You don’t look 7 months pregnant. You have a small belly bla bla” Dengan ketinggian 5’5 & fizikal yang kurus sebelum ni, mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan size perut. Sejujurnya saya tak kisah size perut asalkan baby berada dalam keadaan sihat. Please keep your comments to yourself! :)

Husband?
I've noticed that since I've become pregnant, my husband suddenly become the sweetest, most loving and patient guy I know.

#FreeMarketTTDI





Saya mula mengetahui mengenai acara #FreeMarketTTDI ini dari group Facebook Pasar Percuma Malaysia. Apa itu Pasar Percuma? Konsepnya sama seperti Flea Market tetapi yang membezakannya ialah tiada tanda harga diletakkan untuk kesemua barangan. Ye, semua barangan diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir.

Saya berminat untuk turut menyertai (walaupun sedang sarat mengandung) kerana nak mengosongkan sedikit ruang dalam bilik untuk memberi laluan kepada barang Baby Q. Selain barangan sendiri, saya juga ada mempromosikan di Facebook dengan harapan ada rakan-rakan yang ingin turut sama menyertainya. 

Saya tiba seawal jam 8.20am untuk menyusun barangan sebelum acara bermula. Perjalanan ke tempat parking sangat teratur dengan adanya bantuan dari pelajar IMU yang bertugas sebagai volunteer. Alhamdulillah, tak sangka ada rakan-rakan (Shaz, Yanie & Iedayah) yang sudi hadir & bersama-sama berkongsi meja yang disediakan oleh penganjur. Antara barangan yang dibawa ialah tudung & baby carrier (Yanie & Iedayah), barangan kaca (Shaz) dan saya membawa barangan baru hasil dari perniagaan flea market beberapa tahun dahulu selain barangan pre-loved seperti pakaian saya & Mik.

#FreeMarketTTDI bermula tepat jam 9.00 pagi & dalam masa hanya 45 minit, semua barangan kami telah selamat bertukar tangan kepada pemilik baru. Kata-kata seperti "Kak, boleh saya ambil ni?" & "Dik, boleh bagi kakak barang ni?" kedengaran setiap kali pengunjung ingin memiliki barangan yang dipamerkan. Apabila distributors berkata "Ambillah, silakan", terpapar senyuman dan kegembiraan di wajah para pengunjung.


 Barangan baru atau yang masih belum digunakan


Barangan pre-loved

Suasana di #FleaMarketTTDI.


Selain barangan seperti pakaian, buku, perhiasan rumah yang dibawa oleh contributors, ada juga yang baik hati telah membawa makanan seperti mihun goreng, cupcakes, karipap, dll untuk dinikmati oleh semua orang. Makanan yang dibawa semuanya sedap belaka. Terasa keihlasan si pemberi bila menjamu selera.

Acara seperti ini perlu diadakan secara berterusan dan adalah lebih baik jika dapat melibatkan kanak-kanak dan remaja supaya dapat menunjukkan kepada mereka apa itu keihlasan, memberi tanpa meminta balasan, dan tolong-menolong.

Dalam keseronokkan menghayati #FreeMarketTTDI, ada beberapa perkara yang membuatkan saya dan rakan-rakan berasa sedikit terkilan. Apabila memilih barangan yang sudah elok disusun terutamanya pakaian, apa salahnya jika pengunjung melipat semua pakaian itu sekiranya tidak berminat & bukannya membuat sepah dengan biarkannya melonggok. Ada juga pengunjung yang datang dengan muka yang masam, mengambil barangan & terus pergi tanpa berkata apa-apa dan sedihnya segelintir yang membuat demikian ialah orang dewasa. Pengunjung kanak-kanak dan remaja yang datang ke meja kami semuanya datang dengan penuh mesra. Dari awal organizer sudah membuat pengumuman "Berikan senyuman dan minta dengan baik" & malangnya ada segelintir yang tidak memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak dan remaja. Diharapkan perkara seperti ini tidak terjadi lagi di masa akan datang.


Shaz, saya, Yanie & Iedayah


Kesimpulan yang boleh saya buat dari acara #FreeMarketTTDI ialah acara seperti ini perlu diteruskan di masa akan datang & jika diberikan peluang lagi, InsyaAllah saya & rakan-rakan akan menyertainya lagi. Tahniah kepada organizer Ahamad Emran, Syed Azmi & semua orang kuat dibelakang #FreeMarketTTDI.

Gambar kredit kepada Yanie.