Q&A versi Hari Raya

Soalan-soalan lazim yang akan ditanya bila tiba Hari Raya.

Yang belum kahwin.
“Bila nak kahwin? Takde gf/bf ke? Tu la memilih sangat. Meh Maklong rekemenkan.”

Yang sudah kahwin tapi belum ada cahaya mata.
“Dah ada isi belum? Bila lagi? Jangan tunggu lama-lama bla bla yada yada" …..membebel selama 10 minit.

Yang dah ada anak sorang pula
"Takkan sorang je? Bila nak tambah lagi?"

Soalan melibatkan fizikal.
“Eh, dah makin kurus ye sekarang? Makan hati ke? Makan la lebih sikit, baru cantik.”

Soalan Makcik Kepochi.
"Tahun ni baju Raya berapa pasang? Designer mana? Jovian Mandagie ke Rizalman?"

Soalan nak uji skill di dapur.
“Mana satu kuih raya yang kau buat? Meh Makngah rasa sedap ke tak.”

Soalan-soalan standard yang akan tanya untuk memulakan perbualan.
“Kerja apa sekarang?”
“Duduk mana sekarang?”
"Cuti Raya berapa lama?"

Soalan kegemaran budak-budak.
“Duit raya mana?”


Rasanya anda akan ditanyakan soalan yang mana satu?

Ready, Pose....Click!

EAAchievers Raya 2013 photo shoot sneak peak!



Invest Fair 2013


Pertama kali menjejakkan kaki ke Invest Fair bersama rakan EAAchievers yang lain, banyak informasi tambahan mengenai pelaburan yang diperolehi mengenai unit trust, pasaran saham, bonds, hartanah, dan lain-lain.


Selain membanting tulang disana, kami juga berkesempatan mendengar mini seminar “The Six Essential Money Skills You Must Learn to be Financial Free” oleh Adam Khoo, seorang usahawan, penceramah dari Singapura dan yang menariknya beliau menjadi jutawan di usia 26 tahun selain merupakan Co-Founder Adam Khoo Learning Technologies Group.

Selepas mendengar mini seminar berkenaan, Adam Khoo mengumumkan yang beliau menawarkan tiket gold class kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar “Chris Gardner Live In Kuala Lumpur”. Bagi anda yang pernah menonton filem The Pursuit of Happiness, anda telah menyelami sedikit kisah hidup Chris Gardner daripada seorang gelandangan dan kini bergelar jutawan. Yeay! Terima kasih Adam Khoo!



Seharian berada disana, apa yang boleh disimpulkan ialah kata-kata seperti “Pelaburan hanya untuk orang kaya”, "Cina kaya sebab mereka boleh main judi, riba, dan lain-lain" perlu dihapuskan sama sekali. 95% pengunjung yang hadir ke Invest Fair ialah bangsa Cina. Mereka begitu komited mencari peluang pelaburan untuk masa hadapan. 

Kini terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan tambahan tapi malangnya, ramai yang masih berminat dengan Skim Cepat Kaya. Sayang sekali.....

Bau mulut ke bau bangkai ni?

"Eee, busuknya bau mulut orang tu!"

"Adik, bau mulut orang yang berpuasa ni macam bau syurga tau."

"Ha? Busuknya bau syurga?"

.....krik krik krik

Biasanya pada bulan Ramadhan, aku jarang nak bercakap dengan orang. Aku rasa mulut aku tak berbau, aku rasa lah tapi hati kecil ni selalu membunuh keyakinan aku untuk berkomunikasi dengan orang ketika aku berpuasa.

5 tips mencegah bau mulut ketika berpuasa:
  1. Minum air mineral sampai kembung dari waktu berbuka hingga sahur untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
  2. Amalkan minum teh hijau. Ianya baik untuk membunuh bakteria jahat dalam mulut.
  3. Jangan makan makanan yang berbau seperti petai, durian atau bawang. Pergh, itu lah yang sedap.
  4. Selain gosok gigi & kumur antiseptic mouthwash, jangan lupa gosok lidah & floss gigi.
  5. Bila berbual, elakkan dari bercakap betul² depan muka orang.

Pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan oleh Naddy Razman sendiri.

Ramadan Kareem


As we spend the Holy month fasting and praying for Allah's grace,
may the Mighty accept all our prayers in this Ramadan. InsyaAllah!

Feeling down


I will always appreciate a person who can make me laugh
when I'm feeling down.

Put your lecture on "pause". It won't work this time.