EAAchievers PM BAAN 2015

Pada 20/3/2015 yang lalu, Public Mutual Cheras, Bangsar dan Damansara Perdana telah mengadakan Branch Annual Award Nite 2015 (BAAN 2015) di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara. Tahniah boss Erin Adlina Adnan kerana memenangi anugerah Top Personal Producer. InsyaAllah giliran kami untuk berada di atas pentas akan tiba nanti!

BAAN ialah malam anugerah seperti Golden Globe Awards untuk Unit Trust Consultant. Semua yang hadir pasti datang dengan penampilan yang paling cantik dan segak. Saya? Pakai baju recycle saja. Tak sempat nak shopping apa lagi pergi tempah baju. Consultant lain semua melaram sakan. Macam-macam nama pereka fashion muncul bila ditanyakan tentang busana yang mereka pakai malam tu.  InnaiRED la, Rizalman la, dll.

Selepas BAAN, kami ke SOULed OUT Sri Hartamas untuk supper. Semua orang kelaparan! Ramai yang tak sempat nak menikmati makan malam yang disediakan di BAAN kerana sibuk berposing di luar ballroom. Hehe.. Dah lama tak keluar sampai lewat malam. Semasa di SOULed OUT, mata saya macam dah tak boleh buka. Hahaha.. Penangan ada anak kecil. Hari-hari tidur awal.. Hahaha

Banyak sangat gambar yang diambil pada malam itu. EAAchievers sahaja lebih dari 10 handphone. Tak sempat nak copy semua gambar. Di sini saya kongsikan sedikit gambar dari whatsapp dan kamera telefon saya. Enjoy!

Gambar EEAchievers dari lensa jurugambar profesional:
*click to enlarge





Gambar dari kamera telefon:
*Click to enlarge






1.00am. SOULed OUT Sri Hartamas

CONGRATULATIONS BOSSLEY, ERIN ADLINA ADNAN!