Shopping with Baby Qaiser

Kalau dulu, hanya 10-15 minit sahaja masa diperlukan untuk bersiap keluar tapi sekarang, boleh ambil masa sampai 1 jam. Nak siapkan Baby Qaiser lepas tu Mommy & kemudian Daddy. Pack diaper bag, bancuh susu, kemas stroller, dll. Packing sahaja dah memenatkan, belum lagi pergi shopping. Untuk first time mom yang shopaholic, jika silap langkah boleh jadi shopaphobic. Nervous!

Sabtu lepas 5/7/2014 kami bercadang untuk shopping baju Baby Qaiser memandangkan dia dah makin besar & banyak baju yang dah tak muat. Kami tiba di Tesco Mutiara Damansara seawal jam 10 pagi untuk elak kesesakkan jalan raya. Bila sampai awal, mudah nak cari parking & tak lah bersesak dengan orang lain yang nak membeli-belah juga. Sepanjang shopping barang keperluan Baby Qaiser semuanya ok sehinggalah…

“Daddy, mommy rasanya Qaiser berak la.”
“Ha, cepat bayar & lepas tu cari changing room.”

Baby changing room Tesco Mutiara Damansara terletak bersebelahan food court. Senang nak cari. Sampai di baby changing room & bila buka pampers, rupanya false alarm. Mommy paranoid lebih. Alang-alang dah ada di sana, tukar je diaper terus. Selepas semuanya selesai, kami ke The Curve. Di sana pula kami sibuk cari lif untuk memudahkan kami naik dari 1 tingkat ke tingkat lain. Yela, selama ni jalan berdua dengan suami tak pernah nak ambil tahu lokasi lif tapi sekarang rasanya kena hafal lokasi lif di semua shopping mall. Kami tak berani nak naik escalator dengan stroller, walaupun parents lain relax je tapi untuk kami yang tak ada pengalaman ni, rasa bahaya sangat.

Sementara Mommy shopping di Mothercare, Baby Qaiser minum susu dengan Daddy di bangku yang disediakan. Bila susu habis, kelam-kabut nak cari air panas untuk buat susu stand by. Mula la fikir kat mana nak beli air panas & Alhamdulillah baby changing room The Curve ada sediakan hot & cold water dispenser. Bagus untuk parents yang lupa nak bawa thermos macam kami ni.

Cukup 4 jam berjalan-jalan, Mommy surrender nak balik. Penat sangat rasanya ditambah dengan lapar berpuasa lagi. Rasa kelam-kabut pun ada, kelakar pun ada, penat pun ye tapi Alhamdulillah, Qaiser's first day out berjalan dengan lancar. Bak kata orang, there's always a first time for everything! Pengalaman pertama anda pula macam mana? :)

Tips: How to shop with baby.

Click to enlarge image

Hey baby, wake up & smile for the camera! Hehe

A big smile for you! :)