Cerita 4 hari dalam 1 post

8/4/2014
  • Checkup di Putra Medical Center. Baby Q masih dalam posisi songsang. Doktor dah bagi cadangan untuk pilih mana-mana tarikh (16 - 22 April 2014) untuk c-sec surgery.


9/4/2014
  • 10am: Saya mengikut nasihat MIL untuk pergi berurut. Mak bidan kata kedudukan baby dah dalam keadaan yang betul. Katanya...
  • 2pm: Checkup di Klinik Kesihatan Paya Jaras. Malangnya mak bidan salah. Posisi Baby Q masih songsang. Booooo! Memandangkan doktor tiada di Klinik (kursus), saya perlu ke ke Klinik Kesihatan lain pada keesokkan harinya.


10/4/2014
  • 9.00 am: Checkup di Klinik Kesihatan Merbau Sempak. Doktor terus buat surat untuk merujuk saya ke Hospital Sungai Buloh. 
  • 2.00 pm: Di Hospital Sungai Buloh. Doktor mencadangkan untuk saya melakukan External Cephalic Version (ECV). Ikhtiar terakhir untuk mengelak dari c-sec surgery. Sekiranya berjaya, saya boleh bersalin secara normal. Sekiranya tidak, sekurang-kurangnya saya sudah mencuba.
  • 9.00pm: Puasa.

11/4/2014
  • 8.30am: Tiba di Hospital Sungai Buloh.
  • 9.00am: Jururawat melakukan Cardiotocography (CTG) untuk memeriksa degupan jantung baby.
  • 11am: Doktor mula terangkan tentang ECV - Peluang untuk berjaya ialah 50/50. Risiko, uri mungkin boleh terpisah dari rahim ibu & sekiranya terjadi, perlu melakukan c-sec surgery dengan serta-merta sebelum keadaan baby lemah. Seperti yang kita tahu, uri baby adalah saluran penting untuk bayi menerima sumber makanan dari ibu. Masa ni mula rasa nervous! Dah la datang sorang berlenggang. Beg hospital apa semua tak bawa.
  • 12.00 noon: Sample darah dihantar ke makmal darah.
  • 4.30 pm: Lama gila tunggu keputusan darah. Rupanya makmal darah sibuk & sepatutnya darah saya dihantar ke makmal semalam. Jadi takde la saya penat menunggu lama dalam keadaan berpuasa. Doktor panggil untuk External Cephalic Version (ECV). Prosedur hanya memakan masa dalam 10 - 15 minit tapi malangnya, tidak berjaya. Rahim terlampau sempit untuk memusingkan Baby Q. SAKIT GILA OK masa doktor cuba untuk pusingkan Baby Q! Doktor kata, rasa sakit sedikit adalah normal kerana mengandung pertama, rahim belum kembang lagi.
  • 5.00 pm: Setelah berbelas jam berpuasa, doktor benarkan saya makan. Taknak perut rasa terkejut terus dengan makan makanan berat, saya alas perut dengan minum milo di pantry wad bersalin & seterusnya perlu melakukan CTG. Sekiranya semuanya normal, saya dibenarkan pulang.
  • 6.00 pm: Doktor beri kebenaran untuk pulang tapi saya belum berdaya untuk memandu. Saya berehat di kafeteria Hospital. Kalau tengok saya berjalan, macam orang baru lepas bersalin. Sangat perlahan menahan kesakitan perut. Semasa di kafeteria, saya ditegur oleh seorang jururawat...

"Awak baru lepas discharge ke?" Merujuk kepada plaster di tangan.
"Aah"
"Mana suami awak? Kenapa beli makanan sendiri?"
"Kerja"
"Habis ni balik macam mana?"
"Nanti saya dah ok, saya drive la sendiri"
"Jghauriornrflfmfnfnffkaoap" Jururawat mula membebel. Hehehe

  • 7.30 pm: Masih tak boleh tahan dengan kesakitan. Akhirnya Mik ambil saya & kereta dibiarkan sahaja di Hospital.


Jangan marah suami saya, misi. Bukan dia tak sayang saya. Saya yang nak pergi hospital sendiri sebab dah 2 hari (9 & 10 April) dia EL untuk temankan saya pergi berurut, ke Klinik Kesihatan & Hospital. Yela, tengok dalam youtube ECV ni macam senang. Mana la tau lain orang, lain tahap kesakitannya.

Kami dah berbincang, kalau bersalin normal di Medical Center tapi kalau c-sec, pergi Hospital Sungai Buloh. Dua hari di Hospital Sungai Buloh, layanan yang diberikan oleh doktor & jururawat sangat memuaskan. Bagi orang Klang, kita memang tau HTAR pegang ranking "The worst GH in Selangor" dari pelbagai aspek tapi di Hospital Sungai Buloh, setakat ini semuanya ok. Hanya 1 perkara yang masih boleh diperbaiki ialah waktu menunggu masih lama.



Baby Q, I'll see you in less than 9 days! love struck