Ada apa dengan Qaiser Shoppe?


Dengan rasa rendah diri dan gembira, saya ingin memperkenalkan perniagaan pes rempah giling segera yang saya dan keluarga usahakan di bawah jenama Qaiser Shoppe. Diambil sempena nama anak lelaki saya, Qaiser pes rempah giling segera dihasilkan menggunakan resipi dari Utara Malaysia.

Qaiser pes rempah giling segera ini dibuat khas untuk ibu bekerjaya yang sibuk terkejar-terkejar nak ambil anak lepas balik kerja, tersangkut dalam traffic jam, sampai rumah dah lewat tak sempat untuk memasak dan akhirnya, tapau lauk & masak nasi di rumah sahaja. Familiar dengan situasi ini? Hehehe

Kini memasak semudah A B C dengan Qaiser pes rempah giling segera. Kami menggunakan bahan yang bermutu, diproses menggunakan batu giling dan yang paling penting, tiada pengawet atau MSG. Kami menawarkan khidmat FREE COD bergantung kepada hari dan lokasi. If you love homemade stuff, please feel free to like our Facebook page or follow our Instagram. Your support is appreciated.


COD service

Happy customer

Love, Bonito Tea Party

Baru-baru ni saya dijemput ke Love, Bonito Tea Party Styling Event. Acara tertutup ini diadakan di Ben's Publika untuk memperkenal jenama Love, Bonito yang akan membuka flagship store mereka yang pertama di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Love, Bonito ialah jenama dari Singapura dan akan mengeluarkan pakaian untuk muslimah. Jadi, acara minum petang bersama KL hijab girls ini diadakan untuk memberi idea mix and match styling menggunakan pakaian dari jenama mereka.

3 selebriti jemputan dijemput untuk menata hias model dengan menggunakan pakaian dari jenama Love, Bonito. Mereka ialah Raja Nadia Sabrina (pemilik jenama pakai Aere dan fashion blogger terkenal), Shea Rasol (Pengacara SIS TV9 dan fashion blogger) dan Maria Elena Zarul (Youtube celebrity).

Ramai fashion blogger muslimah turut hadir pada majlis berkenaan. Ada yang saya tak kenal sebenarnya. Bukan sebab mereka tak terkenal tapi yela, saya baru berjinak-jinak dengan hijab kan. Dulu mana ambil kisah sangat.. Hahaha

Sedikit info mengenai Love, Bonito. Love, Bonito has come a long way since it started as an online fashion blogshop back in 2010. Since its inception, Love, Bonito has won multiple awards, from “Best Blog Shop” at the Asia Pacific Blog Awards in 2009, to “Best Online Shop” by M:Idea in 2011, and the SME Asia Award 2013/2014 by The Asian Business Journal and The Trade and Industry Association. It is recognized for its accessibly-priced apparel and accessories, ranging from casual chic to office trendy. The brand is owned by sisters Viola Tan, Velda Tan and good friend, Rachel Lim, all in their late ’20s.


Simple yet romantic table setting

Invited guests

big grin

Big boss Love, Bonito

Maria Elena Zarul dan Baby Nadrah

1 peplum top kelabu. 3 style dari Shea Rasol, Maria Elena dan Raja Nadia Sabrina

Raja Nadia Sabrina sedang menerangkan pilihan pakaian yang dipilih

Shea Rasol, pengacara SIS TV9

Faatin Akib, pengacara Hijab Stailista

Selfie

Beautiful Natasha Hudson

Fashionable Raja Nadia Sabrina

Last picture before we say goodbye