Sini

Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor.

Bila aku rindu masakan dan bebelan nenda, aku akan ke sini.
Bila aku ingin bermonolog di pusara arwah datuk, aku akan ke sini. 
Bila aku mahu mencari ketenangan jiwa, aku akan ke sini.

Tapi kadang-kadang aku tak perlu sebab untuk berada di sini.

***Gambar dari instagram.com/naddyrazman













Pengemis Jalanan



Gambar ini diambil di Pasar Malam Bandar Baru Sungai Buloh pada 17.6.2013, 6.45pm. 5 kanak-kanak dan bayi dijadikan umpan untuk menagih simpati rakyat Malaysia. Sesiapa pun akan tersentuh melihat pemandangan ini dan akan memberikan sumbangan walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Pada saya, memberi wang ibarat kita mendorong mereka untuk terus mengemis. Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Jangan bagi duit

Belum tentu wang yang kita berikan akan digunakan oleh mereka, sebaliknya diberikan kepada ketua sindiket yang "menjaga" mereka.

Beli makanan

Sekiranya peminta sedekah datang ketika anda sedang makan di restoran contohnya, sebaik-baiknya tanya si peminta sedekah sama ada mereka sudah makan atau belum. Kalau belum makan, belanja mereka makan tapi jangan bagi duit kepada mereka.

Akan ada 2 reaksi dari mereka, sama ada mereka menerima pelawaan itu atau mereka pergi dengan marah. Saya pernah mengalami kedua-dua pengalaman itu.

Beberapa tahun yang lalu, saya disapa oleh seorang wanita bersama anak-anak ketika berjalan kaki ke Pejabat Pos Klang. Katanya, beliau tertinggal dompet di dalam tandas & bila pergi semula ke tandas, dompet sudah hilang. Beliau cuma minta sedikit sumbangan untuk tambang komuter pulang ke Port Klang. Kalau nak diikutkan Klang & Port Klang tak jauh mana, sepatutnya beliau boleh meminta pertolongan rakan atau saudara untuk mengambil mereka disitu tapi dalam keadaan tergesa-gesa ke Pejabat Pos, saya hulurkan sedikit wang untuk mereka. Setelah jalan beberapa tapak, saya cuba toleh & tak nampak lansung kelibat mereka. Lajunya mereka berjalan? Pada saya, pertolongan itu ikhlas kerana mereka di dalam kesusahan tapi jika keihlasan itu dipermainkan, itu antara mereka dengan tuhan.

Berbalik kepada isu peminta sedekah, selain warga asing, peminta sedekah yang kononnya pelajar tahfiz juga berleluasa sekarang ini. Peminta sedekah pelajar tahfiz biasanya petah jika kita tanyakan sebarang soalan mengenai asal mereka, kenapa meminta sedekah dan sebagainya seperti sudah menghafal skrip sebelum diarah turun ke jalanan. Yang peliknya, kebanyakkan derma untuk pusat tahfiz ini terletak di Kedah. Jauhnya berjalan? Kenapa tak minta bantuan Jabatan Agama Islam Negeri?

Apa tindakan yang diambil oleh kerajaan? Pejam mata? Tidak pasti sama ada kita sebagai rakyat ada kuasa untuk menahan & hantar mereka ke Balai Polis tapi rasanya kalau kita ada hak tu, memang ramai yang akan buat.

Warung Leko at Pusat Komersil TSB Sungai Buloh

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, restoran menyajikan makanan Indonesia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tidak terkecuali dengan Restoran Warung Leko ini. Terkenal dengan tagline "Spesialis Iga Sapi Penyet", Warung Leko membuka cawangan mereka yang kedua di Pusat Komersil TSB Sungai Buloh dan sudah mempunyai 46 cawangan di seluruh Indonesia. Iga sapi atau dalam Bahasa Melayu bermaksud tulang rusuk lembu merupakan makanan dari Jawa Timur khususnya Surabaya.

Seperti kebiasaan, menu utama apabila ke restoran sebegini pastinya ayam penyet, lele penyet dan bawal penyet menjadi pilihan tapi bagi yang sudah bosan dengan menu tersebut dan ingin sedikit kelainan, anda boleh ke Warung Leko. Terdapat pelbagai menu seperti iga sapi (tulang rusuk lembu) penyet, bakwan (cucur sayur) penyet, empal (daging lembu) penyet, buntut (ekor lembu) penyet, otot (urat) penyet dan bermacam lagi.

Sewaktu memesan makanan, pelayan bertanya "sambalnya mau pedas, sedang atau tidak pedas?". Memandangkan kami jenis tak tahan pedas, mestilah kami ambil yang tak pedas. Menarik bukan? Sekarang tak perlu lagi mengalirkan air mata untuk menikmati keenakkan makanan.

***Click on images to enlarge


Soda Gembira RM3.90
Rasa air bandung yang lemak manis seimbang dengan rasa soda.

 Iga Penyet (Tulang rusuk lembu) + Sambal Tak Pedas RM12.50
Daging yang lembut, size yang besar dan rasa rempah yang tak keterlaluan. Sedap!


Bebek Penyet (Itik) + Sambal Tak Pedas RM11.90
Daging itik yang lembut & size yang besar. Sepinggan nasi tak cukup!

Cah Kangkung RM5.90
Sedap tapi tak boleh lawan kangkung goreng belacan kita.

Keluasan restoran Warung Leko disini lebih besar jika dibandingkan dengan cawangan pertama di The Curve. Dekorasi ala dalam taman memberi rasa tenang ketika menikmati hidangan.






Total Damage: RM42.60
Ambiance: 3/5
Service: 4/5
Food Serving Speed: 4/5
Will I Revisit?: Yes

Warung Leko
Pusat Komersil TSB,
79 G, 81 G, 81-1, Jalan Nautika A U20/A, 
Seksyen U20, 
40160 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-61480922

Anniversary dinner at Maria's Restaurant & Cafe

HAPPY 13th ANNIVERSARY!

Untuk meraikan anniversary kami yang ke 13 (Alhamdulillah) pada tahun ni, kami ke Maria's Restaurant & Cafe yang terletak di Metropolitan Square, Damansara Perdana. Lokasinya di atas Deutsches Gasthaus 3 dan sederet dengan Citibank. Walaupun dah boleh nampak restorannya dari luar tapi agak keliru juga nak sampai ke sana. Cara paling mudah ialah ambil lif di kiri Citibank dan naik ke tingkat L3. Bangunan ni agak sunyi pada waktu malam. Jadi kepada yang nak ke sini, sebaiknya datang bersama teman.

Dengan tagline "The Best of Traditional Western Cuisine", restoran perniagaan keluarga ini terkenal dengan stik daging - Japanese Kobe, Australian Wagyu, Australian Black Angus dan kek Tiramisu. Memandangkan ini kali pertama menjejakkan kaki di sini, jadi tak terasa nak mencuba stik. Maaf, kualiti gambar sedikit teruk sebab gambar diambil menggunakan HTC Incredible S sahaja & pencahayaan dalam restoran pun tak banyak membantu.

***Click on images to enlarge

Soup of the day - Mushroom Soup RM9.00
Thick and creamy soup with croutons in it. Yummy!

Grilled Salmon RM42.00 
Main course untuk Mik. Size salmon besar & sos yang sedap, really brings out the taste of it.
Kami cuba nak teka apa ramuan yang digunakan untuk buat sos tu tapi akhirnya give up. 

 Grilled Chicken with Mushroom Sause RM20.00
Ada 2 pilihan sos untuk grilled chicken, sama ada mushroom atau honey mustard.

Chocolate Moist Cake RM11.00
For dessert we had a slice of their homemade Chocolate Moist Cake with Vanilla Ice Cream.
Warm chocolate cake and cold ice cream. Heaven!

Dekorasi restoran nampak agak simple tapi masih ada sentuhan klasik. Difahamkan restoran ni agak kurang sibuk pada waktu malam terutamanya pada hari bekerja. Semasa kami makan di sini, hanya 5-6 meja sahaja yang diduduki pelanggan. Suasana yang sedikit tenang dengan alunan muzik jazz yang tidak terlalu kuat & pencahayaan restoran yang agak malap. Romantik kan?





Total Damage: RM103.95
Ambiance: 3/5
Service: 4/5
Food Serving Speed: 4/5
Will I Revisit?: Yes

Maria's Restaurant and Cafe
C313A (Level 3, Center Wing,
No 2, Jalan PJU 8/1,
Bandar Damansara Perdana,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7725 2313
Opening Hours: Mon - Sat: 12pm - 11pm, Sun - 5pm - 11pm

28


Belum pernah & tak mungkin akan ada istilah "lupa" tarikh penting seperti hari jadi untuk 3 wanita dalam keluarga aku. Aku tak pasti sama ada ibu & abah pandai budget timing atau ini berlaku secara kebetulan.

9.6.2013

Aku mulakan aktiviti sempena hari jadi dengan bangun sekitar jam 12 tengahari. "Happy Birthday, Sayang!". Hadiah pertama yang aku dapat di pagi tengahari hari jadi aku ialah ciuman pipi dari suamiku yang belum gosok gigi. Sweet ke tak?

Mik: Hari ni kita nak buat apa?
Aku: Sayang teringin nak makan meatballs IKEA.

***Click on images to enlarge

Makan tengahari di IKEA Restaurant (Tak tengahari sangat lah kalau dah pukul 3 petang)

Minum petang di Starbucks & seterusnya menonton The Hangover Part III

Makan malam di Bintang Sue, Uptown Hawker Centre.


Hari jadi aku dihabiskan dengan makan, makan & makan. Dasar si gemuk!

10.6.2013

Birthday leave dah siap apply awal-awal walaupun tak tau ke mana hala tuju. Tiba-tiba tergerak hati nak ke Bukit Tinggi, Pahang. Tak begitu tahu sebenarnya apa yang ada di sana tapi redah je. Ada rakan yang cakap "Bukit Tinggi best! Tak macam kat Malaysia". Tak, Bukit Tinggi memang di Malaysia. Cuaca panas! Nasib baik tak pakai baju tebal. Apa yang menarik bila pergi jalan-jalan pada hari bekerja ni ialah tak ramai orang. Boleh ambil gambar tanpa ada photobomb sana-sini.






Colmar Tropicale





Japanese Village

Menurut pendapat kami, Bukit Tinggi ni sesuai dikunjungi oleh keluarga. Kami mati kutu kat sana. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Salah satu tarikan yang ada ialah Flying Fox yang terpanjang di Asia Tenggara (Katanya). Teringin nak cuba tapi pakaian kurang sesuai pula, mungkin lain kali. Tak sampai 3 jam, kami dah turun untuk balik. Pertama kali menjejakkan kaki di Bukit Tinggi, pengalaman yang masih boleh dikatakan sebagai menarik untuk aku & Mik.

9th June


I'm turning a year older today. Alhamdulillah!
Another year older, another year to gain wisdom and create something new with my life.
I'm blessed!

Hai!

2008: Tarikh lahir naddyrazman.blogspot.com
2010: Tarikh terakhir blog ini digunakan

Setelah hampir 3 tahun ditinggalkan, kini aku memilih untuk kembali.

Penat juga rupanya nak padam semua entry lama dalam blog ini.
Kenapa padam? Kan itu semua kenangan?

Aku pasti semua orang akan tersenyum sendiri melihat "perangai remaja"
mereka bila menjengah ke laman sosial, myspace/friendster.
Perasaan yang sama aku rasa bila membaca balik entry-entry lama di dalam blog ni.