Kulcats Pastel

Dah beberapa kali plan nak ke Kulcats Pastel tak jadi. Alhamdulillah akhirnya dapat juga ke sana minggu lepas. Teruja nak cuba pelbagai dessert yang orang asyik cakap sedap tu. Yeke sedap atau sekadar hype je?

Kulcats Pastel dibuka pada Jun 2014 terletak selang beberapa lot dari Kulcats Barrio. Dimiliki oleh orang yang sama di sebalik Kulcats Barrio, sekumpulan anak muda yang serius dan fokus terhadap perniagaan makanan.

Berbeza dengan Kulcats Barrio, Kulcats Pastel lebih tertumpu kepada menyajikan pencuci mulut/dessert dan makanan sarapan pagi/breakfast menu seperti waffles, omelette dan sebagainya yang boleh dinikmati dari jam 7 pagi hingga 3 petang. Mungkin lepas ni kena datang awal pagi untuk ambil feel rasa sarapan feeling matsaleh di sini. Selalunya makan di buffet hotel saja.


 Dari luar

 Kedatangan kami disambut dengan alunan musik Jamaican Reggae.


Jika berkesempatan, pelanggan boleh melihat proses membuat dessert secara live.

Desserts. They had SO MANY beautiful desserts to choose from. 


Desset yang kami pilih ialah Pavlova (RM6), Salted caramel cupcake (RM3.50) & cheese brownies (RM13).

Pavlova - Secukup rasa. Tidak terlalu manis, rangup tetapi hanyir telur sedikit terasa. Kalau boleh diletakkan esen vanilla mungkin lebih sedap.

Salted caramel cupcake - Chocolate cake yang moist dan topping caramel cukup rasa.

Cheese brownies - Satu lapisan cheese diapit chocolate brownies. Terasa kepekatan cheese bila masuk dalam mulut tapi tak muak. Rasa sedap dan portion pun besar. Kenyang. Hahaha

Walaupun harga sedikit mahal ye la, minum petang saje sampai RM30++ tapi kalau rasa sedap, kita tak kisah nak bayar lebih sebab puas hati.


Mi lov!



Total Damage: RM30++
Ambiance: 4/5
Service: 4/5
Food Serving Speed: 4/5
Will I Revisit: Yes
Stroller friendly: No. The restaurants are too small to have strollers inside. 
Wifi: Yes

Opening Hours: Mon - Sunday 7am – 10pm

Kulcats Pastel
41 Lorong Rahim Kajai 13
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala LumpurTel : +603-77336420
Instagram: kulcats_pastel