Busy weekend

Bila menyentuh topik persiapan untuk menyambut kelahiran Baby Q, saya jadi clueless walaupun dah download “Baby Essential Checklist” di internet. Tak tau mana satu barang yang perlu diutamakan, mana yang boleh KIV dan mana yang tak perlu. Akhirnya saya buat keputusan hanya beli barang untuk beg hospital. Lagipun usia kandungan baru masuk 7 bulan, long way to go bak kata Mik. Jadi pada 24 & 25 Januari 2014, kami dah plan awal-awal khaskan hujung minggu untuk Baby Q.


Day 1: 24.1.2014 – 7th Maternity & Child Expo 2014, Mid Valley Convention Centre.

Bila dapat tau tentang expo ni, saya dah target awal-awal untuk ke booth Pureen & pampers (sebarang jenama). Kalau ada masa lebih, boleh cuci mata di booth-booth lain. Kebiasaannya untuk shopping, saya jarang pergi dengan Mik. Biasalah, lelaki mana minat sangat shopping ni tapi untuk kali ni terpaksa ajak Mik sebagai peneman takut jadi apa-apa masa bersesak di dalam hall expo dan boleh tolong angkatkan barang. Hehe.

Sepanjang perjalanan, traffic jam dari Federal Highway sehingga ke simpang Mid Valley sesak. Semua pintu masuk carpark terpampang signboard FULL tapi Alhamdulillah rezeki kami, tak perlu buat tawaf berkali-kali untuk cari parking. Situasi di exhibition hall seperti yang dijangka, ramainya orang!

 SESAK!


Antara barang yang kami beli.
5 packs Huggies RM24.90 setiap satu. Harga pasaran (Tesco) ialah RM29. Good deal huh?




Antara barangan dalam beg plastik


Memandangkan ini kali pertama Mik ke Baby Expo & kedua untuk saya, ada beberapa perkara yang kami rasa annoying ketika di sana:
  • Jika ke tempat sesak seperti expo, adalah lebih baik jika ibu bapa menggunakan baby carrier. Jalan sempit & stroller awak yang besar lori tu menyusahkan orang dan diri sendiri untuk berjalan.
  • Bertimbang rasa & jangan pentingkan diri sendiri. Semasa saya di booth Pureen, ada seorang wanita Cina meletakkan bakul yang berisi barangan di atas rak pakaian baby sambil sibuk memilih. 1, 2 minit boleh la sabar. Lepas tu memang kena sound la minta dia alihkan bakul & dia pun “Oh, oh. Sorry!” tanpa rasa bersalah.
  • Semasa di rak blanket Pureen, ada seorang lelaki Melayu ni sibuk pilih blanket & asyik complaint tak banyak pilihan. “Miss, ini sahaja ke design? Lain design takde? Colour coklat ke takde?” ARE YOU KIDDING ME? Promoter hanya mampu buat muka malas nak layan. Dude, nak banyak pilihan jangan datang expo. Dan tentu mereka akan keluarkan semua barang untuk dijual. Tak faham betul manusia macam ni!
Walaupun perut dah lapar selepas memborong tapi disebabkan rimas dengan kesesakkan manusia ditambah dengan tangan yang penuh barang, kami terus keluar dari Mid Valley dalam masa hanya 1 jam. Bila balik, ada kawan-kawan yang tanya "Banyak barang best tak? Murah tak?" dan saya hanya boleh jawab "Tak tahu". Kami tak masuk setiap booth & cuma tengok dari luar sahaja sebab kami ada target barang untuk dibeli & takut terlebih belanja.


Day 2: 25.1.2014 – Antenatal Class, Putra Medical Center.

Bermula jam 10.00 pagi. Antenatal class terbahagi kepada 3 sesi iaitu sesi pertama, ceramah dari sponsor iaitu Stemcell. Sesi kedua, penerangan tentang fasa kehamilan & bersalin oleh Pengarah PMC sendiri, Dato Dr Zarul. Berhenti sebentar untuk sarapan & sesi ketiga, pregnancy exercise class sebelum berakhir pada jam 1 petang.

 Ceramah

 Makan time!

 Pregnancy exercise class

Goodie bag - Flyers, wet tissue, sampel susu, baby on board sign & pen.

2 hari yang memenatkan tapi Alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya dengan gembira. Cewah! Haha

No comments: