Satisfying my craving

Anyway, to cut a long story short, since I'm on MC & so bored at home, saya dengan gagahnya telah memandu dari Bandar Baru Sungai Buloh ke S.M.K Convent Klang hanya untuk makan Mihun Asam yang telah lama diidamkan (Lebih dari 2 tahun dan bukan mengidam semata-mata sebab mengandung). Kalau cakap "Mee Asam", semua bekas pelajar mesti tahu & mungkin ada yang terliur setiap kali teringatkan rasanya. Dulu, kantin sekolah sangat 1Malaysia - Uncle India jual roti canai, antie Cina jual pelbagai makanan Cina & makcik Melayu jual segala macam juadah Melayu.

Berbalik kepada topik, anda boleh pilih mee mengikut citarasa sendiri sama ada nak makan mee kuning, mihun atau kuey teow & kuah sama ada kuah kari, asam atau pun sup.

Antara soalan yang ditanya oleh rakan-rakan di Facebook:

"Aunty tu ada lagi?"
Erm..........ada la straight face

"Sedap lagi ke macam dulu?"
The taste is still the same! Percaya atau tidak.

"Harga sekarang berapa?"
RM1.50. Still consider ok. Kali terakhir makan masa form 5 (2002), RM1. Harga tak naik banyak.


Mee/kuah pilihan & fishcake. Simple! Anda boleh tambah fishball & wantan.

Mata anda tak salah memandang. Ye, DUA mangkuk.
Oh Mihum Asam, you made my tummy happy!

Badan yang makin membesar

Oh ya, sebelum terlupa. Kepada bekas pelajar SMKCK, anda ingat lagi pada Puan Zaleha (Cikgu KH)? Semalam sebelum balik, saya sempat berbual dengan beliau di kantin. Ye, memang dia mengajar subjek Kemahiran Hidup tapi hanya bekas pelajar sahaja faham makna "Cikgu KH". LOL!

Antara dialog kami semalam:


"Kamu bekas pelajar ke?"
"Ye cikgu"
"Tahun berapa?"
"SPM 2002"
"Datang sini buat apa?"
"Oh, nak makan ni" ...sambil tangan menunjuk pada mangkuk.
"Kerja kat mana sekarang?"
"Damansara"
"Ha, datang semata-mata nak makan ni? Nasib baik ada jual lagi"
"Tu la, teringin!" ...sambil tunjuk perut.
"Oh, saya tak perasan tadi. Lain kali kalau nampak cikgu kat luar, jangan lupa tegur-tegur ye?"
"Baik, cikgu!"


Burppppp... Excuse me! big grin

1 comment:

Anonymous said...

Saya pun mengidam gak ��������
Bekas pelajar convent je faham rasa mengidam mee asam tu cane��