Pengemis Jalanan



Gambar ini diambil di Pasar Malam Bandar Baru Sungai Buloh pada 17.6.2013, 6.45pm. 5 kanak-kanak dan bayi dijadikan umpan untuk menagih simpati rakyat Malaysia. Sesiapa pun akan tersentuh melihat pemandangan ini dan akan memberikan sumbangan walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Pada saya, memberi wang ibarat kita mendorong mereka untuk terus mengemis. Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Jangan bagi duit

Belum tentu wang yang kita berikan akan digunakan oleh mereka, sebaliknya diberikan kepada ketua sindiket yang "menjaga" mereka.

Beli makanan

Sekiranya peminta sedekah datang ketika anda sedang makan di restoran contohnya, sebaik-baiknya tanya si peminta sedekah sama ada mereka sudah makan atau belum. Kalau belum makan, belanja mereka makan tapi jangan bagi duit kepada mereka.

Akan ada 2 reaksi dari mereka, sama ada mereka menerima pelawaan itu atau mereka pergi dengan marah. Saya pernah mengalami kedua-dua pengalaman itu.

Beberapa tahun yang lalu, saya disapa oleh seorang wanita bersama anak-anak ketika berjalan kaki ke Pejabat Pos Klang. Katanya, beliau tertinggal dompet di dalam tandas & bila pergi semula ke tandas, dompet sudah hilang. Beliau cuma minta sedikit sumbangan untuk tambang komuter pulang ke Port Klang. Kalau nak diikutkan Klang & Port Klang tak jauh mana, sepatutnya beliau boleh meminta pertolongan rakan atau saudara untuk mengambil mereka disitu tapi dalam keadaan tergesa-gesa ke Pejabat Pos, saya hulurkan sedikit wang untuk mereka. Setelah jalan beberapa tapak, saya cuba toleh & tak nampak lansung kelibat mereka. Lajunya mereka berjalan? Pada saya, pertolongan itu ikhlas kerana mereka di dalam kesusahan tapi jika keihlasan itu dipermainkan, itu antara mereka dengan tuhan.

Berbalik kepada isu peminta sedekah, selain warga asing, peminta sedekah yang kononnya pelajar tahfiz juga berleluasa sekarang ini. Peminta sedekah pelajar tahfiz biasanya petah jika kita tanyakan sebarang soalan mengenai asal mereka, kenapa meminta sedekah dan sebagainya seperti sudah menghafal skrip sebelum diarah turun ke jalanan. Yang peliknya, kebanyakkan derma untuk pusat tahfiz ini terletak di Kedah. Jauhnya berjalan? Kenapa tak minta bantuan Jabatan Agama Islam Negeri?

Apa tindakan yang diambil oleh kerajaan? Pejam mata? Tidak pasti sama ada kita sebagai rakyat ada kuasa untuk menahan & hantar mereka ke Balai Polis tapi rasanya kalau kita ada hak tu, memang ramai yang akan buat.

No comments: