Simpanan pendidikan anak


Anda mahu anak-anak anda mempunyai pendidikan yang terbaik, namun yuran dan perbelanjaan di IPTA/IPTS agak mahal. Wang yang dibelanjakan untuk pendidikan anak-anak boleh menjadi salah satu perbelanjaan terbesar keluarga anda.

Mula menyimpanan seawal yang boleh untuk membantu anak-anak anda mempunyai pengalaman pembelajaran yang berkualiti.

 Berapa jumlah wang yang anda perlukan
 Pilihan simpanan
 Didik anak-anak untuk menabung dari kecil

Berapa jumlah wang yang anda perlukan

Kos belajar di IPTA atau IPTS adalah berbeza. Jika anak anda layak untuk mendapat pinjaman MARA, mereka boleh memilih untuk menangguhkan pembayaran yuran. Walaupun mereka tidak membayar yuran terlebih dahulu, anak anda perlu membeli buku rujukan, bahan untuk kertas kerja, komputer riba, kos pengangkutan dan lain-lain.

Anda pernah mencuba membuat kira-kira? Cuba lihat contoh di bawah.



*click to enlarge. Sample for illustration purpose only.

Contoh kiraan yang saya telah buat.
Umur anak - 0.
Kadar inflasi - 4%
Anggaran jumlah yuran dan perbelanjaan (18 tahun akan datang) - RM157,998.50.

Adakah anda mempunyai RM157,998.50 dalam bank untuk pendidikan anak anda? Lebih awal anda mula menyimpan untuk pendidikan anak anda, lebih baik. Bagaimana caranya?

Pilihan simpanan

Simpanan dana pendidikan merupakan dana khas untuk membantu persiapan bagi pendidikan anak anda di masa hadapan. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membuat dana pendidikan, anda perlu menyemak beberapa perkara untuk memastikan ianya bersesuaian dengan matlatmat anda.

Berikut adalah beberapa soalan yang perlu anda tanya sebelum anda mula menyimpan dalam dana pendidikan.
  • Yuran - Berapakah yuran yang akan dikenakan?
  • Simpanan - Berapa banyak dan berapa kekerapan perlu anda melabur?
  • Pilihan pelaburan - Apakah pilihan pelaburan yang ada di pasaran? Simpanan di bank, unit amat dan lain-lain?
  • Akses kepada dana - Apakah kriteria yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh menggunakan wang anda? Apa yang berlaku jika anda tidak lagi boleh menyumbang kepada dana itu? Contohnya, tidak bekerja. Adakah anda kehilangan semua wang telah anda simpan? Adakah sukar untuk mengeluarkan wang anda jika anak-anak anda memutuskan mereka tidak mahu melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi?

Didik anak anda untuk menabung dari kecil

Beritahu anak-anak anda tentang rancangan simpanan pendidikan mereka. Penting untuk mereka memahami faedah menyimpan untuk jangkamasa panjang.

Perlukan bantuan?
Jika anda memerlukan nasihat kewangan dari seorang penasihat kewangan yang berkelayakan, sila hubungi saya. FB: Naddy Razman. Email: naddyrazman@gmail.com

No comments: