Invest Fair 2013


Pertama kali menjejakkan kaki ke Invest Fair bersama rakan EAAchievers yang lain, banyak informasi tambahan mengenai pelaburan yang diperolehi mengenai unit trust, pasaran saham, bonds, hartanah, dan lain-lain.


Selain membanting tulang disana, kami juga berkesempatan mendengar mini seminar “The Six Essential Money Skills You Must Learn to be Financial Free” oleh Adam Khoo, seorang usahawan, penceramah dari Singapura dan yang menariknya beliau menjadi jutawan di usia 26 tahun selain merupakan Co-Founder Adam Khoo Learning Technologies Group.

Selepas mendengar mini seminar berkenaan, Adam Khoo mengumumkan yang beliau menawarkan tiket gold class kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar “Chris Gardner Live In Kuala Lumpur”. Bagi anda yang pernah menonton filem The Pursuit of Happiness, anda telah menyelami sedikit kisah hidup Chris Gardner daripada seorang gelandangan dan kini bergelar jutawan. Yeay! Terima kasih Adam Khoo!



Seharian berada disana, apa yang boleh disimpulkan ialah kata-kata seperti “Pelaburan hanya untuk orang kaya”, "Cina kaya sebab mereka boleh main judi, riba, dan lain-lain" perlu dihapuskan sama sekali. 95% pengunjung yang hadir ke Invest Fair ialah bangsa Cina. Mereka begitu komited mencari peluang pelaburan untuk masa hadapan. 

Kini terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan tambahan tapi malangnya, ramai yang masih berminat dengan Skim Cepat Kaya. Sayang sekali.....

No comments: