Clingy Toddler



Sleep on my lap all the time 


Have any of you moms of toddlers, currently pregnant, noticed that your toddler has become super clingy? Is it because of the pregnancy? My 2 year old boy has become SO super clingy & attached to me. He used to be super independent, a daddy's boy all the way, but now he wants nobody but me. Walaupun clingy, saya suka sebenarnya sebab saya rasakan dia bagi full attention pada saya. Takde la asyik daddy, daddy, daddy sahaja tapi kadang-kadang tu penat juga.. Hehehe

Kalau sebelum ni dia tak kisah sesiapa mandikan dia tapi sekarang nak Mommy SAHAJA! Pernah sekali tu, Opah dia sambut di pintu bilik air dengan towel dan nak pakaikan baju. Dia punya lah mengamuk meronta-ronta, Allah sahaja tau. "NA NAMY (MOMMY) AKAI BAJU!!!".. Ayat yang sama diulang-ulang beberapa kali. Belum lagi drama harian menangis ketuk pintu masa Mommy nak mandi, menangis bila Mommy "hilang" pergi dapur ke atau datang perangai manja asyik nak berdukung je. Kalau masa mengandungkan Qaiser dulu, nak bawa perut 8 bulan tu rasa mengah sangat tapi kali ni wow tak sangka boleh pula ada tenaga nak dukung si baby besar ni.. Hahaha

Lama-kelamaan, perkara ni sedikit merisaukan saya. Macam mana agaknya kalau Mommy bersalin masuk hospital nanti? Dia dah taknak pada sesiapa pun sekarang kecuali Mommy (dan kadang-kadang Daddy). Ada yang kata, perubahan tingkahlaku ni perkara biasa untuk kanak-kanak berusia 2 tahun tapi ada pula yang kata mungkin disebabkan ramai yang asyik kata "mummy's having a new baby soon" and "you’re going to be a big brother soon" etc. Mungkin ini membuatkan beliau feel a little more insecure and unsure of what could be happening to his position within the family. Mari kita berdoa agar Qaiser berkelakuan baik, semuanya akan berjalan dengan lancar semasa saya di hospital dan Daddy dapat cuti panjang... Seminggu mungkin? Hewhewhew.. InsyaAllah!

#35weekspregnant and feeling nervous. Tick tock tick tock!


A bath time drama. I'd be happy with a trip to the bathroom by myself 

"NAMY, NA OKONG!"

No comments: