Food delivery right to your door

Saya pernah dengar tentang KFC Delivery tapi servis ni tak meluas macam jenama makanan segera yang lain. Beberapa minggu lepas, saya ada nampak motor berlogo KFC di hadapan KFC Bandar Baru Sungai Buloh. Dalam hati kata "Eh, KFC BBSB dah ada delivery service? Boleh cuba ni."

Semalam saya & Baby Qaiser demam. Nak masak, tak larat. Nak keluar makan pun tak larat. Tekak teringin nak makan KFC. KFC BBSB & rumah saya hanya selang 6 lorong tapi disebabkan kawasan tu tumpuan orang (ada lebih dari 5 bank, Secret Recipe, mini market, dll), jadi keadaan agak sibuk dan susah nak dapat parking. Siapa pernah pergi ke kawasan Bandar Baru Sungai Buloh mesti tau macam mana keadaannya.

Saya buat panggilan ke KFC Delivery dan setelah buat order confirmation, operator KFC "Pesanan akan sampai dalam masa 30 minit". Hanya dalam masa 4 minit selepas tu, KFC Bandar Baru Sungai Buloh telefon untuk confirm kan rumah dan 5 minit kemudian, pesanan sampai. Cepat gila! Tak sampai 15 minit pun! Jangan seronok sangat, Naddy! Cepat mungkin disebabkan faktor lokasi yang sangatlah dekat dengan rumah atau tak ramai orang buat pesanan.. Hehe

Abg KFC & skuter elektrik Eclimo ES11 beliau

Masa untuk makan!


Term & Condition

  • A minimum order of RM 15 and RM 3 delivery surcharge apply for all orders.
  • Limited Delivery Area Only.
  • Operation hours: 11.00am to 11.00pm.
  • All prices are subject to current GST.
  • Prices of this menu are applicable for KFC Delivery Only and subject to change without prior notice.
  • For orders above RM 200, please call 2 hours in advance.
  • All products in the promotional bundles and sets are fixed.
  • Meal deal for KFC Delivery and Dine In or Take Away may differ.
  • Payments are by cash only.
  • To ensure rider safety, KFC Delivery may be temporarily unavailable at selected areas due to weather condition or unforeseen circumstances.
  • Prices may vary by location.

  • P/s: Suami kata "Delivery service make people lazy!" 
    tonguelaughing


    1300-222-888

    It's finger licking good!

    No comments: