Aidilfitri 2014

Alhamdulillah, bulan Syawal sudah masuk hari ke 8. Tahun ni tahun istimewa bagi saya kerana…

Pertama – Berhari Raya bersama orang baru, Muhammad Qaiser. Kalau kebiasaannya setiap tahun menyambut Hari Raya bersama suami tapi tahun ni raya bertiga dan kalau sebelum ni setiap kali raya mesti buat kuih 2 ke 3 jenis tapi tahun ni semuanya “kuih tunjuk”. Bila ada anak kecil ni, rasa tak menang tangan. Nak pergi beli baju raya pun kelam-kabut apa lagi nak berperang di dapur.. Hehe

Kedua – Menyambut Hari Raya dengan keluarga besar belah Abah di Raub, Pahang selepas berbelas tahun tak balik beraya ke sana. Kebiasaannya kalau balik kampung pun hanya bila ada majlis perkahwinan. Adik-adik beradik Abah 7 orang. Cuba bayangkan kalau semua ahli keluarga anak menantu cucu berkumpul. Fuh, Kan gua dah cakap Havoc! Havoc!”. Atok dan Wan dah lama meninggal dunia. Walaupun makcik-makcik ramai yang masih menetap di Raub tapi kami sekeluarga yang tak ada rumah ni terpaksa menumpang di rumah mereka sebab rumah pusaka disewakan kepada orang. Makcik-makcik tak kisah kalau kami nak menumpang tapi kami la yang sedikit keberatan. Takut menganggu privasi anak cucu.

Seronok Baby Qaiser tidur dalam kelambu di malam Raya.


Suasana pagi Aidilfitri

Arwah Atok Melayu, Arwah Wan Cina. 
Soalan hari ini, muka siapa paling Chinese look?.. Hehe

Alhamdulillah tahun ni rumah pusaka dah tak ada penyewa tapi biasa lah berhari raya di rumah lama yang dah tak berpenghuni, apa pun takde. Dari kuih raya hingga ke bantal, kelambu semuanya diimport dari luar. Haha.. dan yang paling best, kami tak tengok TV dari Ahad – Rabu (Raya ke 3) tapi Alhamdulillah tak pula kebosanan. Mungkin sebab semua sibuk jaga anak kecil & ambil masa untuk berbual sesama sendiri. Beraya di rumah kampung seronok walaupun siang macam sauna tapi malam pula sejuk mengalahkan aircond.

Dikesempatan ini, saya Naddy Razman ingin meminta maaf sekiranya ada kata-kata dan perilaku saya sebelum ini yang menyinggung perasaan anda semua. Diharap jangan disimpan di dalam hati!

Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin!

No comments: