A day full of love






"Majlis Doa Selamat Untuk Ibu Mengandung Sebelum Kelahiran bla bla bla" (atau rasanya "Baby Shower" lebih singkat & mudah untuk disebut) telah diadakan pada Ahad 16 Mac 2014 ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga & rakan terdekat sahaja. Acara dimulakan sekitar jam 3 petang dengan bacaan zikir dari Kumpulan Marhaban Wanita dan disusuli bacaan Doa Selamat oleh kaum lelaki. Majlis sepatutnya berakhir pada jam 6 petang tapi siapa sangka kami masih menerima tetamu sehingga malam.

Terima kasih kepada yang hadir mendoakan keselamatan kami semasa bersalin nanti dan tak lupa terima kasih kepada auntie-auntie yang banyak memberi tips persiapan semasa dalam labour room & berpantang nanti! Seriau dengar cerita "potong-potong" V tu. Hehe

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutamanya kepada Ibu & Mak yang sudah bersusah payah menyediakan hidangan jamuan minum petang. Ibu mengandung hanya duduk & menikmati majlis je tapi duduk sahaja pun penat & rasa sakit belakang.

No comments: