Semalam ke One Utama setelah lama tak menjejakkan kaki ke sana. Semasa berjalan-jalan, terjumpa satu kedai yang comel. Ingatkan kedai milkshake, bubble tea rupanya kedai menjual fresh baby puree. Wah, baby puree pun dah ada kedai.
Ada bermacam-macam jenis puree yang dijual dan yang menariknya, kita boleh minta sample percuma mengikut umur. Kalau tak cuba, nanti rugi pula bila beli tapi baby taknak makan kan?. Saya sendiri dah mencuba sample yang diberikan dan rasanya sedap. Store-bought baby puree ni sesuai untuk ibu bekerjaya yang kekurangan masa untuk buat puree di rumah.
Walaupun harga agak pricey RM10.90 sepeket (100 ml), boleh la kalau nak mencuba. Mommy bought sweet potato puree for little princess. Yummy!
Counter
Puree dimasukkan ke dalam pouch
Food tasting
Ruang bermain sementara menunggu
OUTLETS:
ONE UTAMA
Lot 211A, 2nd floor, link bridge
Opening hours: 10am-10pm
Store opening: 5 August 2016
GREAT EASTERN MALL
Lot 5, LG floor
Opening hour: 10am-10pm
Store opening: 1 September 2016
Website: www.squeezemebaby.com
Instagram: squeezemebaby
No comments:
Post a Comment