Saya pernah dengar tentang KFC Delivery tapi servis ni tak meluas macam jenama makanan segera yang lain. Beberapa minggu lepas, saya ada nampak motor berlogo KFC di hadapan KFC Bandar Baru Sungai Buloh. Dalam hati kata "Eh, KFC BBSB dah ada delivery service? Boleh cuba ni."
Semalam saya & Baby Qaiser demam. Nak masak, tak larat. Nak keluar makan pun tak larat. Tekak teringin nak makan KFC. KFC BBSB & rumah saya hanya selang 6 lorong tapi disebabkan kawasan tu tumpuan orang (ada lebih dari 5 bank, Secret Recipe, mini market, dll), jadi keadaan agak sibuk dan susah nak dapat parking. Siapa pernah pergi ke kawasan Bandar Baru Sungai Buloh mesti tau macam mana keadaannya.
Saya buat panggilan ke KFC Delivery dan setelah buat order confirmation, operator KFC "Pesanan akan sampai dalam masa 30 minit". Hanya dalam masa 4 minit selepas tu, KFC Bandar Baru Sungai Buloh telefon untuk confirm kan rumah dan 5 minit kemudian, pesanan sampai. Cepat gila! Tak sampai 15 minit pun! Jangan seronok sangat, Naddy! Cepat mungkin disebabkan faktor lokasi yang sangatlah dekat dengan rumah atau tak ramai orang buat pesanan.. Hehe
Abg KFC & skuter elektrik Eclimo ES11 beliau
Masa untuk makan!
Term & Condition
1300-222-888
It's finger licking good!
No comments:
Post a Comment