Tisha's Red Army

Bermula dengan penulisan review percuma di laman Facebook peribadi dan kemudian saya comment di Page Facebook Tisha's memuji keenakkan Roti Paratha Tisha's, tanpa disangka Co-Founder Tisha's add saya di Facebook. Saya jarang approved friend request dari orang yang tak dikenali tapi ntah kenapa hari tu saya accept sahaja. Mungkin ini jalan yang Allah S.W.T dah aturkan untuk saya. Dari hanya sebagai seorang pelanggan yang ingin mencuba Roti Paratha Tisha's di Giant buat kali pertama, kini saya salah seorang Home Dealer Tisha's. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali.

Tisha's baru sahaja melancarkan program Home Dealer pada 1/4/2017 yang lalu. Program yang masih muda ibarat seorang bayi yang baru lahir. Walaupun baru dilancarkan tetapi jenama Tisha's sudah 5 tahun berada di pasaran dan murtabak Tisha's pula, sudah berusia lebih 100 tahun mai dari Penang yang dahulunya dikenali sebagai A.Ghaffur Murtabak di Komtar Simpang 6.

Sabtu lepas merupakan kali pertama semua Home Dealer dan Stokis dapat disatukan di dalam satu majlis gah di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayangkan sejak dari awal program dilancarkan, kami hanya berkomunikasi di Group WhatsApp. Teruja, Gementar, macam-macam perasaan ada bila nak bersua muka buat pertama kalinya.

Mr. CEO

Majlis di mulakan dengan ucapan dari CEO Tisha's Encik Shamsul. Kemudian perkongsian dari Outlet Manager di hypermarket Giant. Kalau anda nampak pop-up booth Tisha's di Giant, don't play-play ya. Ada diantara mereka bekerjaya sebagai engineer, lawyer, dll pada hari Isnin-Jumaat tetapi pada hujung minggu, bertukar uniform menjadi Red Army Tisha's. Orang bekerjaya professional buat sampling di hypermarket. Wow ke wow? Mungkin mereka ingin menjadi anak yang soleh & solehah menunaikan hasrat ibu bapa untuk melihat mereka menjadi seorang yang berjawatan bagus teapi jiwa anak tu ke arah untuk menjadi usahawan. Siapa tahu kan?

Encik Azmi Zainal yang kelakar dan down to earth

VIP untuk majlis ini bukan lah seorang artis terkenal, menteri tetapi seorang lelaki yang berjiwa besar - Encik Azmi Zainal atau nama gelaran beliau Bapa Susu Malaysia merupakan COO The Holstein Milk Company Sdn Bhd yang mengeluarkan susu dengan jenama Farm Fresh. Kami sangat bertuah kerana dapat mendengar perkongsian pengalaman jatuh bangun beliau dalam perniagaan sebelum mengecapi apa yang beliau ada sekarang. Bagaimana susu Farm Fresh bersaing dengan susu jenama antarabangsa yang sudah hampir 20 tahun di pasaran dan mengecapi kejayaan meletakkan jenama Farm Fresh setanding dengan pesaing hanya dalam masa 6 tahun dengan keuntungan hampir 2.5 juta SEBULAN hanya dari program Home Dealer tidak termasuk keuntungan dari produk yang dipasarkan di hypermarket. Wow ke wow?

Antara tips yang beliau kongsikan ialah PERSISTENCE. Memulakan perniagaan dari bawah dengan hanya sekotak Roti Paratha Tisha's, kemudian upgrade beli freezer, berusaha lagi sehingga boleh beli 2-3 freezer dan akhirnya InsyaAllah keuntungan yang sedikit tetapi lama-lama jadi bukit. Buang sikap "nak cepat kaya" jauh-jauh kerana tiada jalan shortcut untuk menjadi kaya.


Sambutan hari jadi untuk April, May & June Babies

Acara lain sepanjang 4 jam majlis berlansung ialah majlis penyampaian hadiah kepada mereka yang achieve sales target, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pose dengan produk Tisha's, majlis hari jadi untuk April-June Babies dan cabutan bertuah. Alhamdulillah dapat naik pentas untuk sambutan hari jadi (Ibu 6 June, saya 9 June dan Baby Mysha 27 June) dan sekali lagi berpeluang untuk naik ke pentas kerana menang cabutan bertuah.

5 pemenang cabutan bertuah

Home Dealer Sungai Buloh/Damansara, COO Tisha's dan Stokis Klang

Sebahagian dari keluarga Tisha's yang hadir

Orang hebat, Uncle Azmi Zainal. Uncle? big grin

Terima kasih kepada CEO Tisha's Encik Shamsul dan COO Tisha's Puan Atikah kerana menganjurkan majlis yang meriah ini. Saya doakan program Home Dealer Tisha's akan menjadi sehebat Home Dealer Farm Fresh atau mungkin lebih hebat lagi. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.

1 comment:

Anonymous said...

Thank you very much... TISHAS amat menghargai sumbangan setiap orang samada org kecil mahupun besar..

TISHAS menggalas amanah utk memakmurkan produk Halal & Toyyibah di hypermarket...

Sokonglah TISHAS...